....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, July 15, 2010

Memohon Visa ke Myanmar di Malaysia

Alhmdulillah baru-baru ini berkesempatan membuat permohonan VISA ke Malaysia . Sebelum pergi tu beberapa kali saya telepon ke kedutaan Myanmar untuk bertanya prosedur . Yang menariknya ada dua alamat dan no telepon keduataan Myanmar ini satu di Jalan Ampang Hilir dan satu lagi di Jalan mengkuang .... puas saya melepon ke no yang di jalan Mengkuang tu ... rupanya diaorang dah berpindah ke jalan Ampang hilir patutla tak jawapan ... kepada sesiapa yang tak tahu nak pergi ke Kedutaan Myanmar ini dibawah ini saya sertakan petanya .


Kalau dari KLCC masuk Jalan Ampang arah ke Ampang dan terus jalan sampai jumpa Sucasa Apartment kat belah kiri ... depan sucasa itu ada traffic light masuk kanan ke arah jalan Ampang Hilir (Persiaran Ampang Hilir) ...jalan terus nanti macam jumpa round about kecik ambil ke kiri jalan sikit terus jumpa Kedutaan Myanmar dibelah kiri jalan ... rasanya ada 2 lot tanah sini yang menempatkan kedutaan ini satu yang belah kiri tu mungkin pejabat kedutaan . sementara yang satu lagi kalau dari luar nampak macam parking lot tapi rupanya ialah tempat memproses visa dan membaharui passport pekerja myanmar .

Pintu Masuk ke bahagian Visa Section Myanmar Embassy

Bahagian dalam Visa Section Myanmar Embassy

Kalau masuk kedalam compound tu nanti nampak ada pejabat visa . pejabat ini macam gerai je ... ada dua pejabat satu menguruskan visa foreigner dan satu lagi mungkin menguruskan passport untuk rakyat myanmar .... dihujung ada plak kantin dan kedai photstata yang diuruskan oleh Kedai Photostat dan Kantin dalam Bagian Visa Section Myanmar Embassy

rakyat myanmar ... anda boleh makan makanan myanmar kat sini ... cubalah kat sini dulu sebelum anda melangkah ke Myanmar yang sebenar ... he he he ( saya tak makan he he he tak tahu halal haramnya ) ... kalau nak buat visa anda terus ke kaunter Visa Section dibelah kanan . biasanya ada 3 orang pekerja dalam kaunter itu ... saya tak pasti kewargaan negara mereka tapi yang belah kanan sekali tu macam warga myanmar , tengah india malaysia dan kiri chinese malaysia ... rasanya laaa ... saya tak pasti tapi semua boleh berbahasa melayu ...
Kaunter Visa

kalau nak buat visa pelancong nanti dia akan bagi 2 keping borang visa melancong size A4 dan sekeping borang ketibaan di Myanmar size A5 ...... kalau anda datang sorang isi je borang tu tapi kalau anda ada ramai dia suruh photostat je borang tu kat kedai photostat di kantin tu .... he he he sebab itulah kedai photostat tu boleh hidup ...
Borang Permohonan Visa Size A4Borang Permohanan Visa size A5

Dah dapat borang tu pergilah kekantin tu dan photoststlah ... he he he harga boleh tahan laaa he he hee kemudian duduklah kat kantin tu isi borang tersebut sampai siap ..... contoh borang lihat kat bawah ni .... jangan lupa gambar 3 keping setiap borang itu akan diletakkan gambar kita ... gam ada disediakan di kantin dan di kaunter visa .... pen kena bawak laa sendiri .... lepas isi serahkan borang tersebut ke kaunter visa ... serah kat kaunter kanan sekali .

Masa saya mula2 nak ambil borang visa tu dalam kul 10:30 pagi .... tak de orang pun .. mula mula tu suspen juga sebab tengok punylah ramai orang beratur .... rupanya mereka rakyat myanamr ada kaunter lain . foreigner macam org malaysia ini ada kaunter lain ..puhhhh lega kalau tak emamng panjang laa nak beratur .... ok siap isi borang dalam pukul 11:15 pagi maklumlah kena isikan untuk empat orang .... sebenarnya kita tak perlu pergi sendiri buat visa ni ... boleh wakilkan kepada sesiapa je . masa saya nak submit borang alamak dah ada dalam 5 orang tengah submit borang ... semuanya agent pelancongan bawak passport punyelah banyak maklumlah airasia dah ada ke yangon kan .... memang air asia the bestlaaaa ... tapi agent tu kesian permohonan kena tolak sebab borang yang dia bawak customer dia tak isi lengkap .... oleh itu saudara saudari pastikan lengkapkan borang aplikasi yeee .... pastikan anda dah tahu kat mana nak duduk kat myanmar nanti sebab dalam borang tu anda kena tulis alamat kat myanmar .... kalau kat hotel tulis je laa kat mana2 hotel kat myanmar tu ... dalam borang tu juge nanti akan akan tanya siapa yang keluarkan passport kita ... letak je lah Immiration Kuala Lumpur ke Immirgration Alor Setar ke Immigration Shah Alam ke. aku hentam macam tu lah sebab aku intai budak agent pelancongan tu tulis macam tu he he he...

Tapi lagi satu nak peringat kalau anda photostat borang ketibaan (size A5) kat kedai photostat tu dia akan photostat guna kertas A4 .... anda tak boleh submit dalam bentuk kertas A4 anda kena potong juga hingga dapat size A5 .... kalau tak permohonan anda di tolak mentah2 ... he he he aku dah kena .... tapi jangan risau kat situ twalaupun tak disediakan guntingdan pisau tapi ada pembaris panjang .... anda boleh potong guna pembaris tuu ... kemudian resubmit balik setelah anda kena beratur semula . he he he
beratur kaunter ssebelah kanan sekali

masa tengah beratur tu ada jumpa seorang brother pun tengah apply visa .... brother ni dah melancong banyak tempat dengan airasia ni .... dah ke china dan india .....dan seluruh asia tenggara .... memang loaded brother ini aku rasa .... aku cerita aku dah pergi tempat tu dia pun kat dah pergi aku kata sini dia pun kata sini ... last2 aku mengalah memang dia lagi teror dari aku rupanya .... tapi yang penting dan serupa ialah kami pergi dan rancang sendiri setiap trip kami tanpa mengunakan khidmat travel agent dan juga kami sama2 naik airasia untuk melancong .

Lupa lak nak bagi tahu .... kaunter kat secton visa ni buka jam 9:30 hingga 12:30 tengahari untuk submit permohonan dan jam 4ptg hingga 5 ptg untuk collect visa ... biasanya permohonan normal akan diproses selama 2 - 3 hari . kalau submit hari rabu paling cepat boleh collect hari jumaat ..... tapi kalau nak collect same day boleh juga kena bayar RM150 ...... kalau normal bayar RM80 je .... untuk visa pelancong. dan lagi satu walaupun tak wajib tetapi ada kes dia akan mintak tiket penerbangan ..... kebiasaanya untuk permohonan express sehari dia akan mintak tiket ni .... macam aku ari tu buat normal je nasib baik dia tak minta .... walaupun buat normal sebaik2nya kalau dah ada tiket bawak je laaa atau senaraikan tarikh perberbangan pergi dan balik serta dan iternary di myanmar ....

Selesai urusan di kaunter anda akan diberikan resit bayaran . dalam resit ini anda akan diberikan tarikh untuk mengambil visa anda.

Resit Pembayaran VISA dan Tarikh Collect Visa