....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR / Yangon Downtown (Pusat Bandar)

Tuesday, April 28, 2009

Sebuah bangunan peninggalan British di Strand Road, Yangon. Kawasan downtown dipenuhi oleh bangunan-bangunan bersejarah seperti ini.
Satu sektor di dalam Bogyoke Market.

Bogyoke Market ialah bangunan berbumbung merah di sepanjang Aung San Road. Pandangan dari Hotel Traders, Yangon.


Peniaga-peniaga kaum China kebanyakannya berniaga barang kemas (jewellery) di Chinatown. Sektor Chinatown dicat merah dan anda tidak akan terlepas pandang kawasan ini.



Pemandangan kawasan downtown Yangon dari Tingkat 19 Hotel Traders di Sule Pagoda Road. Sule Pagoda terletak ditengah-tengah bulatan. Sungai Yangon kelihatan di background gambar ini.












Lawatan anda tidak sah ke Yangon jika anda tidak datang ke Bogyoke Market. Nama lama pasar ini yang diberi oleh penjajah British ialah Scott Market. Nama pendeknya ialah Bogyoke Market sahaja. Bogyoke disebut ‘bojok’. Pasar ini terletak di Aung San Road di kawasan downtown Yangon. Pasar ini dan kawasan sekitarnya menjadi kawasan wajib-lawat (must-visit) kepada pelancong kerana semua yang ada di Myanmar boleh didapati di sini, dari kain, makanan, kraftangan, oil paintings, alat muzik, alat eletrik hinggalah ke batu permata. Walaupun harga barang di sini berpatutan dan boleh ditawar lagi, disebabkan bilangan pelancong yang semakin ramai, harga pun semakin naik. Kawasan lain yang menawarkan harga lebih kompetitif ialah Yuzana Plaza (kerana kurang pelancong ke sana). Jika anda berminat akan batu permata tetapi tiada ilmu batu permata, elok dibawa bersama pakar batu permata semasa membeli batu permata di sini. Dua ketul batu rubi yang seakan-akan sama sekali pandang boleh mempunyai harga yang berbeza: USD20 versus USD200. Jadi jangan ambil risiko. Satu kedai batu permata di Bogyoke Market yang menjadi tumpuan ialah Yadana Asia. Carilah Haji Marbood di sini. Beliau dan anak-anaknya boleh bercakap Bahasa Melayu.

Lukisan minyak hasil keluaran artis tempatan juga menjadi tarikan di sini. Tema lukisan mereka ialah kehidupan harian masyarakat Myanmar di setiap negeri di Myanmar. Harga dari USD5 hinggalah USD100 untuk saiz besar. Lukisan yang dihasilkan oleh susunan batu permata seperti rubi, jade, mutiara dan sapphire juga menarik tetapi harganya agak tinggi.

Aung San Road, Anawrahta Road, Mahabandoola Road dan Strand Road adalah 4 jalan utama yang selari yang membentuk kawasan downtown. Antara mercu tanda kawasan downtown selain Bogyoke Market ialah Hotel Traders, Sakura Towers, Sule Pagoda, Chinatown, Hotel Strand dan Hotel Central. Sakura Tower menempatkan ofis syarikat penerbangan dan syarikat antarabangsa termasuklah Petronas. Sakura Tower terletak bertentangan dengan Hotel Traders.

Kawasan downtown juga di penuhi oleh bangunan-bangunan lama peninggalan penjajah British. Anda boleh melihat bangunan seperti ini di sepanjang Strand Road dan Sule Pagoda Road. Hotel Strand merupakan contoh terbaik bangunan lama diubahsuai menjadi hotel eksklusif, tetapi sayang sekali kebanyakannya terbiar sahaja tanpa penyelenggaran.

No comments:

Post a Comment