....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR – Land of Ruby.

Tuesday, February 3, 2009
MYANMAR – Land of Ruby.
Salah satu sebab utama melawat Myanmar ialah kerana batu permatanya. Selain batu jed, batu rubi Myanmar antara yang mendapat perhatian. Rubi dilombong di Sri Lanka, Tanzania, Vietnam, Afghanistan dan Myanmar. Dikatakan rubi keluaran Myanmar paling tinggi kualitinya kerana melalui proses kristalisasi yang sempurna dalam bentuk hexagonal. Jarang terdapat batu rubi yang seperti ini.
Rubi keluaran Myanmar diterima sebagai yang terbaik di seluruh dunia dan menjadi hiasan mahkota diraja (royal crown) bagi raja-raja seluruh dunia, dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah batu rubi Myanmar dikenali sebagai “raja segala batu permata”.

Di Myanmar, tempat perlombongan rubi terletak di Mogok, lebih kurang 120 batu ke timur laut Mandalay. Mogok mengeluarkan batu permata terkenal di seluruh dunia terutamanya rubi dan sapphire. Ianya terletak 4000 kaki di atas paras laut dan terdapat sebuah tasik di tengah pusat Bandar. Tasik ini ialah lombong lama sejak zaman colonial. Banjaran pergunungan disekitar Mogok dipenuhi dengan batu permata.

Di Mogok, masalah batu permata asli atau tiruan tidak timbul kerana hampir semua batu permata di sini adalah asli yang dihasilkan terus dari lombong (mined at source). Kerajaan menghadapi masalah mengawal penjualan batu permata di sini dan disebabkan ini Mogok adalah kawasan off-limit kepada pelancong persendirian (independent traveler). Memasuki Mogok samada untuk bermalam atau tidak memerlukan permit dari pihak berkuasa dan hanya syarikat pelancongan berdaftar boleh menguruskan permit ini. Mereka memasuki permit ini dalam pakej pelancongan mereka.

No comments:

Post a Comment