....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR – Sejarah ringkas dan politik

Monday, October 27, 2008

MYANMAR – Sejarah ringkas dan politik



MYANMAR – Sejarah ringkas dan politik


(Map courtesy of http://www.dpsmap.com/myanmar/index.shtml)

Politik Negara Myanmar memang menarik. Beribu tahun sebelum masihi, kerajaan lama purba telah memerintah negara ini dengan membina pagoda-pagoda dan kota-kota lama. Sebab itulah tarikan utama pelancong ke Myanmar ialah pagoda-pagoda berbagai bentuk dan yang paling terkenal ialah Pagoda Shwedaggon di Yangon dan di Bagan, sebuah bandar purba di tengah Myanmar. Cerita pagoda di Myanmar seusia dengan pembinaan Angkor Watt di Kemboja. Arkiteknya lebih kurang orang atau puak yang sama saja.

Negara ini dijajah oleh British sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1948. Kerajaan pertama yang dibentuk sangat rapuh dan tidak mampu mentadbir pelbagai bangsa etnik termasuk di pergunungan. Pemerintahan tentera bermula bila General Ne Win mengambil alih kuasa pada tahun 1962 dan mengamal polisi pengasingan dari dunia luar. Ekonomi Negara merudum dan rakyat semakin miskin, tersekat dari bantuan dunia luar. Gerakan pro-demokrasi bermula pada tahun 1988 dipelopori oleh Aung San Suu Kyi dan mula mendapat perhatian pihak luar. Tentera mula panik dan menganjurkan pilihanraya bebas pada tahun 1990. Parti NLD pimpinan Aung San Suu Kyi telah menang besar walaupun beliau ditahan oleh kerajaan tentera. Junta tentera walaupun berjanji akan memberi kuasa kepada pemimpin pilihan rakyat sehingga hari ini tidak menunaikan janji ini. Pemimpin tentera sekarang ialah General Than Shwe. Disebabkan oleh ‘keengkaran’ kerajaan tentera ini, sekatan ekonomi dan senjata dan bantuan luar diambil oleh Amerika, British dan PBB ke atas Myanmar mulai tahun 1988. Walaupun pelaburan dan Amerika dan British ditarik balik, syarikat-syarikat lain seperti Total dan Petronas dan Nippon Oil masih beroperasi di Myanmar membangunkan medan gas di persisiran pantai. Musuh utama kerajaan junta tentera ialah Aung San Suu Kyi, yang masih berada di bawah tahanan rumah (house arrest).

Politik adalah isu sensitive di Myanmar dan jarang dibincang di khalayak ramai. Disebabkan perkara di atas, mengambil gambar tentera beruniform, tapak-tapak tentera adalah dilarang sama sekali. Anda tidak boleh menunjukkan kecenderongan ideology politik di sini. Demokrasi sudah lama mati sejak tahun 1962 di Myanmar. Banyak tempat-tempat di Yangon adalah kawasan larangan untuk pelancong-pelancong. Contohnya mengambil gambar kediaman Aung San Suu Kyi dengan adalah dilarang, apatah lagi memasuki kawasan rumahnya. Pemandu teksi saya – seorang penduduk tempatan dari kaum India -- tidak berani untuk rapat ke pagar menuju ke kediaman Suu Kyi walaupun diminta berkali-kali. Kebanyakan penduduk tempatan tidak akan berhenti atau memperlahankan kenderaan untuk pelancong mengambil gambar di sini. Mereka boleh dipenjarakan dan kamera/video anda boleh dirampas. Kediaman Suu Kyi terletak di sebelah Tasik Inya dan berhampiran kampus Universiti Yangon. Jalan tersebut seperti jalan-jalan lain di Yangon dibarisi pokok-pokok kayu yang tinggi dan kehijauan daun melahirkan ketenangan kepada mata yang memandang.

Walau pun begitu kamera boleh dipakai di pagoda-pagoda dan tempat-tempat selain dari di atas. Jika anda ingin mengambil gambar orang tempatan, mintalah kebenaran terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment