....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR /YANGON – University of Yangon

Tuesday, November 4, 2008

MYANMAR /YANGON – University of Yangon (Oct 2008)



Seorang graduan bergambar di pintu masuk universiti pada hari konvokasi University of Yangon.

University of Yangon atau Yangon University terletak di utara bandaraya Yangon di persimpangan University Avenue dan Pyay Road dan bersempadan dengan Inya Lake, tasik paling besar di Yangon.

Dari segi sejarah, universiti ini ditubuhkan pada tahun 1878 bila British menjajah Burma (nama lama bagi Myanmar). Di sekitar tahun 1950an, U of Y menjadi antara universiti tersohor di Asia Tenggara -- menjadi idaman pelajar-pelajar dan profesor-profesor untuk belajar dan membuat kajian di sini. British memodelkan universiti seperti Oxford University yang terkenal di England sehingga hari ini. Walaupun begitu, kecemerlangan akademik universiti ini mula merosot bermula selepas kerajaan tentera memerintah mulai tahun 1962. Kerajaan tentera di bawah pemerintahan Ne Win menukar bahasa pengantar universiti ini dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Burma, menyebabkan pengiktirafan diploma dan ijazah ditarik balik oleh masyarakat akademik antarabangsa. Kursus-kursus kejuruteraan dan sains dari universiti ini tidak lagi mempunyai nilai. Sekarang universiti ini hanya mengeluarkan graduan-graduan sastera dan sains sahaja.

Saya bernasib baik kerana hari saya 'terlanjur' ke sini, majlis konvokasi sedang berlangsung.



Majlis konvokasi Universiti of Yangon diadakan di sebuah dewan usang dan berlumut.







Sebuah blok fakulti lama (atas) dan agak baru (bawah) di dalam kampus universiti. Perhatikan tahap penyelenggaraan yang rendah -- bangunan lama, rumput panjang dan kawasan tidak terjaga. Pernah menjadi antara universiti terbaik di Asia Tenggara, kini hanya tinggal nama.

No comments:

Post a Comment