....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR / Yangon Waterfront

Penulis (kanan) bersama keluarga di tebing Sungai Yangon di Myanmar.
Bot-bot tambang seperti ini menjadi jambatan antara dua tebing sungai.







Feri-feri penumpang berlabuh di salah sebuah jeti di Sungan Yangon.



Sebuah feri penumpang di Sungai Yangon.

Sungai adalah nadi kehidupan Myanmar di mana aktiviti utamanya ialah pertanian. Semasa kita belajar Geografi di sekolah menengah di Malaysia, kita pasti tidak lupa akan Delta Irrawaddy yang menjadi kawasan penanaman padi utama di Asia selain dari Delta Mekong di Thailand.

Sungai Yangon adalah satu cabangan Sungai Irrawaddy yang bermula di utara Myanmar. Jalan Strand terletak sebelah menyebelah sungai tersebut. Terdapat banyak jeti di kawasan waterfront tersebut kerana system pengangkutan air digunakan untuk mengangkut produk pertanian seperti beras, kekacang dan kayu jati dari kawasan delta ke kilang pemprosesan di sekitar Yangon.

Kapal-kapal kontena dan kapal-kapal dagang yang besar dari seluruh dunia memunggah kontena di jeti-jeti yang telah dikhaskan. Terdapat banyak gudang-gudang dan stor simpanan kontena di sepanjang Strand Road dan kawasan downtown.

Feri-feri membawa penumpang menyusuri Sungai Yangon ke bahagian delta. Ada feri penumpang yang menghala ke bahagian tengah dan utara Myanmar seperti Pyay, Bagan dan Myanmar. Bayaran untuk pelancong asing selalunya lebih mahal dari penduduk tempatan. Feri-feri nampak uzur dan tahap keselamatan juga di ragui. OK for short distance, not for long ones. But it must be interesting to be on one of those.

Terdapat juga pakej pelancongan river cruise oleh syarikat pelancongan tempatan.

No comments:

Post a Comment