....this is a multi-language blog which muslim bloggers sharing their experience during their journey to Myanmar....... here I am trying to blog about my trip and vacation to Myanmar .... My whole trip experience will be covered in my several blogs...... some of the photos and experience here was cut and paste from others muslim blogger who have visit Myanmar before and the link of original blog was provide at the end of each blog ....hope it will benefit for future muslim traveller . I will write (also cut n paste) as n when I get time


Thursday, June 17, 2010

Myanmar Muslim Tour : MYANMAR / Yangon – Masjid Jamek Bengali Sunni

Tuesday, October 28, 2008




Masjid Jamek ini terletak bersetentangan dengan Pagoda Sule di tengah-tengah pusat bandar Yangon.

Umat Islam mewakili 10% atau lebih dari penduduk Myanmar kebanyakannya di Yangon dan bandar-bandar besar lain. Hasilnya terdapat banyak masjid-masjid di sekitar Yangon. Ada masjid sunni dan ada masjid syiah.

Masjid Jamek Bengali Sunni terletak di Jalan Pagoda Sule. di hadapan Pagoda Sule itu sendiri. Mr Ibrahim Gambari, wakil PBB, pernah mendirikan solat di sini semasa misinya ke Yangon tetapi beliau tidak dapat berjumpa dengan Senior General Than Shwe sendiri, sebaliknya bertemu penolong-penolongnya sahaja. Masjid ini didirikan oleh penduduk tempatan yang nenek moyang berasal dari Bangladesh. (sebab itu namanya masjid Bengali). Beberapa kali saya solat di sini sebab dekat dengan Hotel Traders (500m sahaja). Majoriti adalah pengikut sunni Imam Hanafi dan agak berbeza dengan Imam Shafie. Waktu azan dan waktu solat berjemaah dipisahkan dengan jarak waktu yang agak lama kecuali waktu maghrib. Di papan kenyataan masjid ditulis dengan jelas waktu-waktu tersebut supaya makmum bersedia. Contohnya, masuk waktu subuh (atau fajar) ialah 4:47 pagi tetapi waktu solat berjemaah ialah 5:27 pagi. Jadi kalau anda bangun lewat sekali pun anda masih boleh ikut solat berjemaah. Satu lagi contoh: masuk waktu Asar ialah 3:15pm, tetapi azan akan dilaungkan pada jam 4:30pm dan solat berjemaah pada jam 4:45pm. Solat fardhu berjemaah sangat penting dan hampir jatuh kepada hukum wajib mengikut Imam Hanafi, tetapi sayangnya masyarakat Malaysia sangat memandang mudah perkara ini. Islam itu mudah dan pegangan ini diterapkan oleh Imam Hanafi semasa mengerjakan solat. Selepas takbiratulihram terus dibaca fatihah (tanpa basmallah). Selepas imam membaca fatihah (tanpa ameeeen) terus dibaca surah. Imam tidak menunggu makmum menghabiskan fatihah kerana bagi mereka bacaan fatihah makmum ditanggong oleh imam. Duduk antara dua sujud sangat sekejap dan memang tidak sempat bagi kita mazhab Shafie untuk menghabiskan bacaan biasa kita. Selepas salam imam terus angkat tangan dan berdoa dan terus bangun mengerjakan solat sunat bakdiah. Tiada istighfar. Tiada zikir-zikir lain. Tiada ameen yang kuat selepas fatihah. Sangat ringkas dan mudah. Dan saya rasa generasi muda Malaysia memang suka cara solat sebegini. Tetapi mereka memang suka solat sunat terutamanya selepas maghrib dan isyak.

No comments:

Post a Comment